Kamis, 27 Juni 2013

Kutipan Kitab AL Hikam


Apabila Dia membukakan untukmu satu perspektif daripada
pengenalan (yakni al-ma‘rifah), janganlah engkau menghiraukan
fakta yang amalmu masih sedikit, kerana tiadalah Dia membukakannya
untukmu melainkan kerana Dia ingin memperkenalkan
diriNya kepadamu.
Apakah tiada engkau mengetahui bahawa pengenalan itu
adalah pemberianNya kepadamu, sedangkan segala amalmu itu
adalah hadiahmu kepadaNya? Di manakah [nilai] hadiahmu
kepadaNya jika dibandingkan dengan pemberianNya kepadamu?

Janganlah meminta daripadaNya untuk mengeluarkanmu
daripada sesuatu keadaan agar Dia menggunakanmu pada [satu
keadaan] yang lain.
Jika Dia menghendakimu, Dia boleh menggunakanmu tanpa
mengeluarkanmu.

Permintaanmu daripadaNya adalah satu tuduhan bagiNya.
Dan permintaanmu bagiNya (yakni engkau memintaNya untuk
dirimu) adalah satu keghaiban bagimu (yakni kerana engkau telah
merasa ghaib) daripadaNya.
Dan permintaanmu bagi [sesuatu] yang selainNya adalah
kerana sedikitnya rasa malumu kepadaNya.
Dan permintaanmu daripada yang selainNya adalah kerana
wujudnya kejauhanmu daripadaNya.
C

Tidak ada komentar:

Posting Komentar